Wednesday, June 13, 2012

Luahan hati bakal ustazah...


Kisah ini bermula beberapa bulan yg lalu...di sebuah Institut Pendidikan Guru ( IPG dirahsiakan).. mnjadi adat bg pelajar2 di ipg tersebut terutama yg pelajar guru perempuan utk menghabiskan ptg sabtu di pasar mlm (dekat tesco sg dua) utk membeli juadah makanan..ye.mmg mnjadi hobi mereka gmr ke sana krn kafe di ipg tersebut tutup pd hari sbtu..pulang dr membeli nasik kerabu, 2 sahabat cpt2 membuka bgksan nasik kerabu..mgkin da terlalu lapar kot..=)

si A: 
eyt, ang tw dak ak xpenah pk akan jd ustazah..mcm xsesuai ja ngn ak..ustazah kn..dlu ak cita2 ak nk jd interior dsgner, dktor, ahli farmasi..bla bla bla bla....(sambil menyenaraikan cita2nya) las2 msk mktb jd ustzh..


si B: 
owh..yaka..ak pom mcm ang gak..(sambil tgn menjalar mengambil dgg bakar si A).. 

si A: 
dlu lg la..ak memberontak x maw msk mktb..mcm2 ak wt..mula2 dpt kos ni ak segan org pgil ak
ustazah..xtw la npa..

si B: 
tp ang tw dak..dgn status bergelar "USTAZAH" lah yg mnjaga kta..cba ang pk lau kta ni student u  
ka,dktor ka, nurse ka, msti kta rasa bebas nk wt apa pun..mksd ak kdg2 dgn gelaran yg org pgil
kta2 la yg wt kta lebih berhati2 lau nk wt bnda x elok..cuba ang tgk skng, produk bdk skola agama
mmg ramai, tp pas kuaq skola apa jd pd depa..lau dlu dpa pkai tdg labuh, pakai kopiah may b dpa pom berhati-hati bla nk wt bnda x elok sbb org pgil dpa "bdk agama"

si A:
errkk...betul jgk ckp ang no..(mengunyah pelan2 daging sambil berfikir)

KESIMPULAN : bersyukur lah dgn dri anda..perbaiki dri moga mnjd bertambah baik..aminn..

syukur atas kenikmatan yg diberi~

t l










وَآتَاكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ الإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ  



“Dan Dia telah memberimu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu sangat lalim dan banyak mengingkari (nikmat Allah).” (QS. Ibrahim: 34)


Tuesday, June 12, 2012

Awak..awak cantik sgt~

Bismilahirahmanirrahim..
In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful..

Alhamdulillah..saban hari peningkatan wanita muslimah bertudung semakin ramai..
mgkin kerana revolusi tdg yg makin lama makin memudahkan kpd si pemakainya..
namun, adakah krn pemakaian tdg krn mengikut syarak, berfesyen atau ikut-ikutan.
tepuk dada tnya hati..


 mari kita baca 1 kisah, mgkin biasa tetapi perlu di ambil pgjrn..


Semasa seorang ustaz memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini ustaz tersebut mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-
"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"
Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila ustaz tersebut meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.
" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.
Ustaz bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"
"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.
"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya ustaz menguji.
" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.
"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah ustaz.
" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.
"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.
"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"
"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang
 dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki 
seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), 
akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang ustaz tersebut dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.
sedarlah..kita ini makhluk yg sgt unik..punya naluri keibuan, kelembutan dan tinggi sifat malunya..gunakan sifat malu pd tempat yg betul.. 
Tidak malukah anda org diluar sana melihat rambut anda..
ye..rambut anda sgt cantik..mengalahkan rmbut model pentene..
jgn smpai Allah trik blik kurniaan yg da bagi..
sama2 kita jga aurat kita k..(pesanan utk saya jugak). 
ketahuilah, semakin engkau menjaga dirimu, ibadahmu, menutup auratmu, sopan santun serta tingkah lakumu serta tutur katamu..
insyaAllah semakin tinggi nilai engkau pada pandangan Allah..
subhanallah..moga diriku tergolong dlm klgn tersebut~
p/s: awak cntik sgt bila tutup aurat..nmpk sopan..betol..xtipu~







Monday, June 11, 2012

c.u.t.i d.a.n.k.e.n.d.u.r.i.k.a.w.e.n

Bismillahirahmanirrahim...In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful..

 alhamdulillah..maseh berkesempatan menghabiskan sisa cuti yg ada.. 
 dgn cuti yg maseh berbaki beberapa hari shja lg, sy berkesempatan menghadiri beberapa kenduri kawen..ya.tiap kali cuti sekolah msti ad org kawen..alangkah indahnya perkahwinan andai disulami dgn kasih syg dan pengabdiaan kpd Yang Maha Agung.. igtkah kita pd 1 ayat al-quran yg berbunyi:

 “Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

teringat saya pd kata2 ini..
"lumrah cinta, tiada dua sebab hati hanya cenderung mencintai cuma satu"..
ye..tny la pada sesaiapa pun..fitrah cinta hanya cinta pd satu..
cinta itu manis andai dilandasi dgn keimanan dan ketakwaan kpd Allah..sifirnya mudah shja: 
si A cinta kpd si B kerana Allah, maka akan lahirlah cinta Allah kpd hambaNya..ia ibarat.
 si A + si B = CINTA ALLAH.. 

 ye..senang bukan..cinta sesama insan dgn meletakkan Allah tempat segala-galanya ia datang.
berterima kasihlah kpd Allah kerana dgn cinta-Nya kita menenmui cinta manusia.
si ingin membawa satu hadis mengenai cinta yg mampu memberikan cahaya:

 “Sesungguhnya diantara hamba-hamba Allah itu ada beberapa orang yang bukan nabi dan syuhada menginginkan keadaan seperti mereka, karena kedudukannya disisi Allah. Sahabat bertanya : “Ya Rasulullah, tolong kami beritahu siapa mereka ? Rasulullah SAW. Menjawab : Mereka adalah satu kaum yang cinta mencintai dengan ruh Allah tanpa ada hubungan sanak saudara, kerabat diantara mereka serta tidak ada hubungan harta benda yang ada pada mereka. Maka, demi Allah wajah-wajah mereka sungguh bercahaya, sedang mereka tidak takut apa-apa dikala orang lain takut, dan mereka tidak berduka cita dikala orang lain berduka cita” (H.R. Abu Daud)

 malah Allah juga berfirman akan memberikan tempat berteduh kpd org2 yg saling mencintai krn Allah, 


“Sesungguhnya Allah SWT pada hari kiamat berfirman : “Dimanakah orang yang cinta mencintai karena keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi dengan menunggu-Ku dihari yang tiada naunganmelainkan naungan-Ku” (H.R. Muslim)





  p/s: serotan kenduri kawen akak sy..semoga rumahtangga kalian dirahmati Allah..=)

Monday, September 19, 2011

JARAK ANTARA DUA HATI~





Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”

“Tapi…” guru bertanya kembali

“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?”

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.

Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.

Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?

Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas.

Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.

Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita


sumber dari:

http://akuislam.com/blog/renungan/jarak-antara-dua-hati/

Wednesday, September 7, 2011

tidak cantik = rendah diri dan jarang disukai orang.

cantik= Berkeyakinan , terkenal dan disukai banyak orang

Itulah sekelumit formula yang ada dalam fikiran wanita. Sebuah formula yang simple namun amat berbahaya. Dari manakah asal muasal formula ini? Mungkin dari media mahupun pandangan masyarakat yang telah diracuni bahawa, kecantikan hanya terbatas pada luaran sahaja. Yang cantik adalah yang berkulit putih, tinggi, hidung mancung, bibir merah dan sebagainya.

Akibatnya banyak kaum hawa yang ingin kelihatan cantik seperti yang digambarkan. Mereka ingin kelihatan secantik model dan bintang filem. Perkataan cantik telah disalah erti sedemikian rupa oleh media, sehingga menukarkan hakikat cantik yang sebenarnya.

TUJUANNYA??

Jelas, untuk menambah deretan peminat dan agar lebih mudah mencari pasangan hidup. Alangkah naifnya. Fakta menunjukkan perkahwinan yang berjaya adalah bukan dari wanita yang cantik tetapi, dan kebanyakkan perkahwinan yang berakhir ditengah jalan adalah dari wanita – wanita yang cantik. Jadi, kaitan antara cantik dan kejayaan hidup!.

Dan satu perkara yang pasti, Tingkahlaku seseorang itu mencerminkan pemahaman mereka.Jika kita rajin menuntut ilmu agama, insyaallah gerak-geri kita sesuai dengan ilmu yang kita miliki. Begitu juga yang terjadi pada wanita-wanita yang terpaku pada kecantikan fizikal semata – mata.

“Siapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, Allah akan fahamkan ia dalam agamanya”(Sahih, Muttafaqun ‘alaihi).

Hadis diatas dijelaskan oleh Syaikh Ibnu Baz bahwa ia menunjukkan keutamaan ilmu. Jika Allah menginginkan seorang hamba memperoleh kebaikan, Allah akan memahamkan agamaNya sehingga dia dapat mengetahui mana yang benar dan mana yang batil, mana petunjuk mana kesesatan. Dengannya pula dia dapat mengenal Rabbnya dengan nama dan sifat-sifatNya serta tahu keagungan hakNya.

Apalah gunanya cantik tetapi hati tidak tenteram. Cantik tetapi dilaknat oleh Allah dan rasulNya. Kecantikan fizikal tidak akan bertahan lama, ia hanya palsu sahaja.

Ada yang lebih cantik dihadapan Allah, Rabb semesta alam, iaitu kecantikan hati yang akan nampak pada mulianya akhlak. Banyakkan muhasabah, kenali apa-apa yang masih kurang dan lekas diperbaiki.

Faham Syari’at = CANTIK

Tidak Faham Syari’at = Tidak CANTIK sama sekali!

Bagaimana? setuju?

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” (HR.Muslim)

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum

Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga

Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu

Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik

Kerana memiliki hati yang cantik

Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya

Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada

Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang