Wednesday, September 7, 2011

tidak cantik = rendah diri dan jarang disukai orang.

cantik= Berkeyakinan , terkenal dan disukai banyak orang

Itulah sekelumit formula yang ada dalam fikiran wanita. Sebuah formula yang simple namun amat berbahaya. Dari manakah asal muasal formula ini? Mungkin dari media mahupun pandangan masyarakat yang telah diracuni bahawa, kecantikan hanya terbatas pada luaran sahaja. Yang cantik adalah yang berkulit putih, tinggi, hidung mancung, bibir merah dan sebagainya.

Akibatnya banyak kaum hawa yang ingin kelihatan cantik seperti yang digambarkan. Mereka ingin kelihatan secantik model dan bintang filem. Perkataan cantik telah disalah erti sedemikian rupa oleh media, sehingga menukarkan hakikat cantik yang sebenarnya.

TUJUANNYA??

Jelas, untuk menambah deretan peminat dan agar lebih mudah mencari pasangan hidup. Alangkah naifnya. Fakta menunjukkan perkahwinan yang berjaya adalah bukan dari wanita yang cantik tetapi, dan kebanyakkan perkahwinan yang berakhir ditengah jalan adalah dari wanita – wanita yang cantik. Jadi, kaitan antara cantik dan kejayaan hidup!.

Dan satu perkara yang pasti, Tingkahlaku seseorang itu mencerminkan pemahaman mereka.Jika kita rajin menuntut ilmu agama, insyaallah gerak-geri kita sesuai dengan ilmu yang kita miliki. Begitu juga yang terjadi pada wanita-wanita yang terpaku pada kecantikan fizikal semata – mata.

“Siapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, Allah akan fahamkan ia dalam agamanya”(Sahih, Muttafaqun ‘alaihi).

Hadis diatas dijelaskan oleh Syaikh Ibnu Baz bahwa ia menunjukkan keutamaan ilmu. Jika Allah menginginkan seorang hamba memperoleh kebaikan, Allah akan memahamkan agamaNya sehingga dia dapat mengetahui mana yang benar dan mana yang batil, mana petunjuk mana kesesatan. Dengannya pula dia dapat mengenal Rabbnya dengan nama dan sifat-sifatNya serta tahu keagungan hakNya.

Apalah gunanya cantik tetapi hati tidak tenteram. Cantik tetapi dilaknat oleh Allah dan rasulNya. Kecantikan fizikal tidak akan bertahan lama, ia hanya palsu sahaja.

Ada yang lebih cantik dihadapan Allah, Rabb semesta alam, iaitu kecantikan hati yang akan nampak pada mulianya akhlak. Banyakkan muhasabah, kenali apa-apa yang masih kurang dan lekas diperbaiki.

Faham Syari’at = CANTIK

Tidak Faham Syari’at = Tidak CANTIK sama sekali!

Bagaimana? setuju?

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” (HR.Muslim)

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum

Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga

Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu

Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik

Kerana memiliki hati yang cantik

Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya

Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada

Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang

Sunday, July 24, 2011

CINTA KITA~

ada apa dengan cinta? untuk apa kita bercinta? untuk menjawabnya, mari kita fikirkan satu analogi, analogi cinta~

fikirkan tentang sebatang pena. pena diciptakan untuk menulis , selagi itulah pena dalam keadaan selamat dan berguna. tetapi sekiranya pena itu digunkan untuk mencucuk, dicampak atau digunakan sebagai pengetuk, maka ia akan rosak? mengapa?

pena akan rosak sekiranya ia digunakan bersalahan dengan tujuan ia diciptakan. ia diciptakan untuk menulis bukan untuk mengetuk atau mencucuk. apabila pena rosak, ia tidak boleh digunakan lagi. jadi ia akan dibuang ke dalam tong samapah. saat itu, ia bukan la dinamakan pena lagi tetapi dipanggil sampah!

begitulah juga cinta. cinta diciptakan oleh Allah untuk 2 insan bernama lelaki dan wanita untuk beribadah kepada-Nya. selagi cinta berlandaskan dan bermatlamatkanibadah, yakni selaras dengan tujuan ia diciptakan, maka selagi itu cinta itu selamat dan bahagia. sebaliknya, jika cinta itu diarahkan secara bertentangan dengan tujuan ia diciptakan, maka cinta itu musnah dan akan memusnahkan. keindahan cinta itu kan pudar dan tercalar.

ingatlah bahawa cinta itu adalah soal rasa. ia tidak terbina oleh urat, daging atau tulang. tetapi ia rasa yang terbina dalam hati. di daerah rasa ini, tiada tua atau muda. di daerah rasa ini, tiada permulaan, pertengahan atau pengakhiran.

di hati orang beriman, tetap ada cinta. cinta tetap muda walaupun yang bercinta telah tua...justeru cinta itulah yang membentuk hati yang sejahtera, bekal kita ke alam syurga...=)

Friday, March 18, 2011

selamat dtg tetamuku~

assalamualaikum~

yeah3...esk sbe...arap2 xde bdk yg lg besar dr ak..kang tenggelam ak duk lam klgn pelajar..huhu
sdr x sdr jap je cti..
cyan korg yg kne blk mktb kn..hehhe
ktorg duk kt umh lg..kre ley mkn free lg la...
ley tmbh nsik byk2, ley wt air pe nk mnum..
ley tdo puas2..ley bsuh bju gne mesin bsh..
ley 2, ley nii
byk nye ley...
nmpk sgt xbesyuko selama ni...
ish3..manusia2~

hmm..cti kali ni ase terisi ckit..
may b sbb ak ad tetamu jao
ulang skali lg...
TETAMU JAO...
hahah...
mst bngga tetamu ni lau tw ak msk kn dy lam blog...

memndgkan tetamu ni nk sgt g pntai..
pe lg ak bwk laaa...
pg2 lg tw bwk..
menggigil ktorg tym kt tpi pntai..
sejokkkk~
tym kt pntai...
ak tgk dy ni teruja pelik..hehhe
xpela..may b ak da bse kot tgk pntai..
xsmpt duk umh ktorg kua g sne, g cni...
mmg xlekat kt umh laa...


antara tempat yg dilawati~


ari isnin mlm tetamu 2 da kne blik..
igt nk suh dy duk lme lg..
tp ktorg 1 famly nk blk kg lak ari selasa
so ajak dy g kelate xmo..
dgn berat hati ak n parents ak anta la tetamu 2...
nt ley dtg lg...
huhu...b4 blik kmi amx2 gambo..
yg ats, yg bwh sume ni kami amx~



ni la tetamu 2..hehe..
cbe teka spe dye~



عَنْ أَبِى شُرَيْحِ الْعَدِىِّ قَالَ سَمِعَتْ اُذُنَاىَ وَاَبْصَرَتْ
عَيْنَاىَ حِيْنَ تَكَلَّمَ رَسُولَ الله صَلَّى اللهُ عَلَيَهِ وَسَلَّم
فَقَالَ مَنْ كانَ يُؤْنِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الاخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ
جَائِزَتَهُ قَالُوا وَمَا جَائِزَتُهُ يَارَسُولَ اللهِ قَالَ يَوْمُهُ وَلَيْلَتُهُ
وَالضِّيَافَةُ ثَلاثَةُ أَيَّامٍ فَمَا كانَ وَرَاءَ ذَلِكَ فَهُوَ صَدَقَةٌ
عَلَيْهِ وَقَالَ مَنْ كانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَومِ الاخِرِ
فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْلِيَصْنُتْ
Dari Abu Syuraih Al 'Adawi r.a. katanya :
"Kedua telinga saya mendengar dan kedua mata saya melihat,
ketika Rasulullah s.a.w. berkata, beliau bersabda
"Sesiapa yang ada beriman kepada Allah dan hari
kemudian, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya
jamuan tambahannya." Mereka bertanya :
"Apakah jamuan tambahan itu ya Rasulullah"
Beliau menjawab : "Sehari dan malamnya"
Menerima tamu itu hanya tiga dan barang siapa
yang lebih dari itu, adalah sedekah.".
Beliau bersabda lagi : "Sesiapa yang ada beriman
kepada Allah dan hari kemudian , maka hendaklah
dia mengucapkan perkaan yang baik atau diam saja".
Hadis sahih riwayat Muslim



kesimpulannya: tetamu ni bawak rahmat..lyanla mereka sebaiknye...=)


juz a short n simple post today~

seketika ak terbaca kata2 dr sebuah 1 laman sesawang....

“Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia – si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”


~menyejukkan hati dan menjadi perhiasan dunia...
hmmm...berjayakah ak menjd salah 1 perhiasan tersebut???



“Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang, apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu.”

hmmm...mendalam mknanye...

mampukah kita??
mampukah ak?????






p/s: susah kan nak jge sekeping hati yg Allah bg ni...^-^

Wednesday, December 15, 2010

salam asyura~

memandangkan today is asyura day..
d cni disertakan beberapa amalan& info mengenainya..
upe2 nye sy pn kurang arif ngn asyuraaday ni..
credit to i luv islam lg..
meh kte sme2 tmbah ilmu~



1. Bilakah 'Asyura'?


Pendapat pertama :

Ibn Abbas Radhiyallahu 'Anhuma berpendapat 'Asyura' adalah pada 9 Muharram.

Pendapat kedua :

Jumhur Fuqaha' berpendapat 'Asyura' adalah pada 10 Muharram.


2. Bila Sunnah Puasa?

Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram.

Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.

Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari 'Asyura').

Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.

Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.

Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha'.


3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?

Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).

Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun.

Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*.

Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.

* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun.

Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.


4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?

Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan,

aku akan berpuasa pada hari kesembilan.

Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya

Membezakan dengan amalan orang Yahudi.Ihtiyath (berhati-hati).

Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.

Termasuk bulan-bulan haram.Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha'.


5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?

Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap,

kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.


6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari 'Asyura'?

Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).


7. Apakah kelebihannya?

Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*

* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad.

Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif,

tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.


8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari 'Asyura'?

Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul 'Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar,

menakalkan kitab Almadkhal oleh Ibnul Hajj,

para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan

dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya,

bukanlah dengan makan dan minum, bahkan

bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.


9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?

Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut.

Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi,

mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.


10. Ada tak doa yang ulamak dahulu amalkan pada hari tersebut?

Ada


Do'a dibaca pada hari 'Asyura'


11. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan

seperti mana yang dilakukan oleh Syi'ah pada hari 'Asyura'

meratapi pemergian Sayidina Husin?

Hukumnya haram.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada

Sayyidina Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada,

mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah

(yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah)."

Wallahu A'lam


SUMBER: apa lg..iluvislam laa~

p/s:slmt bkk pose pd insan yg terpilih utk berpose pd ari ni..=)

Wednesday, December 1, 2010



Ku dambakan seperti lelaki itu…



Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah
.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.


Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat
.

Jadilah seorang lelaki,

Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

p/s: kta sentiasa dambakan seseorg yg sempurna di pndagan mata..tp sudah sempurnakah kita untuk memiliki kesempurnaan yg ada pd dirinya~ (pesanan untuk diriku jugak)