fikirkan tentang sebatang pena. pena diciptakan untuk menulis , selagi itulah pena dalam keadaan selamat dan berguna. tetapi sekiranya pena itu digunkan untuk mencucuk, dicampak atau digunakan sebagai pengetuk, maka ia akan rosak? mengapa?
pena akan rosak sekiranya ia digunakan bersalahan dengan tujuan ia diciptakan. ia diciptakan untuk menulis bukan untuk mengetuk atau mencucuk. apabila pena rosak, ia tidak boleh digunakan lagi. jadi ia akan dibuang ke dalam tong samapah. saat itu, ia bukan la dinamakan pena lagi tetapi dipanggil sampah!
begitulah juga cinta. cinta diciptakan oleh Allah untuk 2 insan bernama lelaki dan wanita untuk beribadah kepada-Nya. selagi cinta berlandaskan dan bermatlamatkanibadah, yakni selaras dengan tujuan ia diciptakan, maka selagi itu cinta itu selamat dan bahagia. sebaliknya, jika cinta itu diarahkan secara bertentangan dengan tujuan ia diciptakan, maka cinta itu musnah dan akan memusnahkan. keindahan cinta itu kan pudar dan tercalar.
ingatlah bahawa cinta itu adalah soal rasa. ia tidak terbina oleh urat, daging atau tulang. tetapi ia rasa yang terbina dalam hati. di daerah rasa ini, tiada tua atau muda. di daerah rasa ini, tiada permulaan, pertengahan atau pengakhiran.
di hati orang beriman, tetap ada cinta. cinta tetap muda walaupun yang bercinta telah tua...justeru cinta itulah yang membentuk hati yang sejahtera, bekal kita ke alam syurga...=)
stuju sngoti ngn post ni...perumpamaan yng tepat!
ReplyDeletemabruk! senang phm...canilah ustzh pilihan...he2=)
demo stuju sopmo...huhu
ReplyDelete