Friday, June 29, 2012

Suatu Kebangkitan...Dr. Morsi~


Bismillahirahmanirrahim..
In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful..


“Islam pasti akan mencapai wilayah yang diliputi siang dan malam. Allah tidak akan membiarkan rumah yang megah mahupun yang sederhana, melainkan akan memasukkan agama ini ke dalamnya, dengan memuliakan orang-orang yang mulia dan menghinakan orang-orang yang hina. Mulia kerana Allah memuliakannya dengan Islam. Hina kerana Allah menghinakannya akibat kekafirannya."
(Ahmad: 4/103:16894 Sahih dan Silsilah Sahihah nombor: 3)






Alhamdulillah..kemenangan Dr. Morsi bakal membangkitkan kemegahan umat Islam di mata dunia..ya,  ak amat mengagumi beliau hingga mendorong ak utk membuat sedikit research ttg dirinya..semoga dgn kemenangan ini merupakan titik permulaan pembebasan al-Quds..


Dr. Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah.  Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana dan beragama, bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu ini. Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz/hafizah al-Quran.

Isteri Dr. Morsi, Pn Najlaa Mahmud menolak gelaran 
'Wanita pertama' dgn menggantikan glrn "Khadam Pertama"
Pengajian tinggi Dr. Mursi apabila beliau berpindah ke Kaherah dengan melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas itu, beliau memperoleh Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya memperoleh Sarjana Kedoktoran, memperolehnya pada tahun 1982 di Universiti Southern California. 

Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq. beliau merupakan seorg yg lantang bersuara dan bergiat cergas dalam jemaah Ikhwanul Muslimin..Sikapnya yang terus menentang tindakan dan perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan parlimen pada pemilihan tahun 2005, Dr. Mursi menjadi tulang belakang dalam melakukan demonstrasi dan menyokong kehakiman yang bebas. Akibatnya, pada tarikh 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 orang anggota Ikhwanul Muslimin di depan bangunan Mahkamah Cairo dan bangunan mahkamah Al-Jala di ibu negara Cairo, dan menghuni jeriji besi selama 7 bulan

Dr. Mursi juga pernah ditangkap bersama-sama dengan sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin yang lain, pada hari Jumaat pagi, yang terkenal sebagai Jumaat Amarah (Jumaat Al-Gadhab), 28 Januari 2011 supaya tidak terlibat dengan demonstrasi. Tidak hanya beliau yang dizalimi, keluarganya turut menjadi sasaran penangkapan, anaknya Dr. Ahmad ditangkap di saat Dr. Muhammad Mursi mencalonkan diri pada pemilihan tahun 2000.



~Presiden Palestin Ismail Haniyyeh berkata :

Ajaib sungguh penjara Mesir. Masuk Nabi Yusuf a.s kedalamnya dan setelah keluar diangkat menjadi Raja Mesir. Dan begitu juga masuk Dr. Muhammad Mursi kedalamnya dan setelah keluar diangkat menjadi Presiden Mesir.

SubhanaALLAH..:')
Rakyat Mesir sujud syukur diatas kemenangan Dr. Morsi



Setelah prestasinya dalam politik selama lima tahun, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir. Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin. (setelah sandang jawatan sbgai presiden Mesir, beliau dah letak jwtan FJP)

Perlu diungkapkan kembali bahawa Ikhwanul Muslimin selama lebih kurang 80 tahun berjuang demi sebuah keadilan dan kebebasan. Selama itu pula mereka ditindas dan dizalimi. Telah banyak jiwa dan darah yang mengalir sepanjang jalan dan langkahan dakwah mereka bermula dari pengasasnya Assyahid Imam Hassan Al Banna, yang syahid terbunuh secara misteri, malah saat kematian dilayan dengan keji oleh pemerintah disusuli Sayyid Qutub, Muhammad Al- Farigili, Abdul Qadir Audah, hingga As-Syahid Nashir Uwais, dia antara pemuda Ikhwan yang syahid pada Revolusi 25 Januari 2011



Apa yang menakjubkan,  Putra Muhammad Mursy (Presiden Mesir terpilih), 'Abdullah Muhammad Mursy menghantar surat kepada ayahnya:
"Kami akan taat selama engkau mentaati Allah dengan memperhatikan hak-hak kami, dan kami akan membantah selama engkau menentang Allah dengan mengabaikan hak-hak kami. Kami akan melakukan revolusi atasmu, jika engkau menyelisihi revolusi dan tujuannya, dan kami akan melakukan revolusi atasmu jika engkau tidak memberikan hak para syuhada 'dan para korban revolusi. "



Allahuakbar...meremang bulu roma disaat mengetahui ltr belakang beliau..beliau berjaya mendidik keluarga dgn ruh islam..


Dr. Morsi mengimamkan solat selepas kemenagan beliau..Allahu rabi~

Suasana qiamullail di Medan Tahrir..kita di Malaysia masih di ulit mimpi..






3 comments:

  1. Hebat2!

    Hanya jauhari yang mengenal manikam..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, moga akan mencetus kebangkitan islam di seluruh dunia

    ReplyDelete
  3. Nice reserch... Keep it on. Boleh jadi rujukan usrah nnt. :)

    ReplyDelete